Mohon Doakan Filem Terbaru, Syamsul Yusof Teruk Diperli Netizen – “Elok Buat Filem Kisah Perkahwinan Dengan Ira Kazar”

Hiburan

Mohon Doakan Filem Terbaru, Syamsul Yusof Teruk Diperli Netizen – “Elok Buat Filem Kisah Perkahwinan Dengan Ira Kazar”

Meskipun kemelut rumah tangganya sedang hangat dibualkan dan dibahaskan di internet, Syamsul Yusof tidak membiarkan perkara itu mengganggu kerjanya.

Pengarah filem Mat Kilau itu menerusi Instaram memuat naik video dan memaklumkan tentang perkembangan terkininya yang sudah mulakan penggambaran.

Advertisement

1 year ago

“Saya Sedar Bukan Mudah Untuk Mereka Terima” - Syamsul Yusof Akui Dah Baca Komen Ibu & Tengok Video Bapa Menangis

Menerusi video pendek tersebut, Syamsul memohon orang ramai mendoakan filem arahannya bertajuk The Original Gangster.

Bagaimanapun, ramai warganet memberikan respon masing-masing di Facebook dan segelintir netizen dilihat menyindir Syamsul selain ada yang mengakui mahu memboikot pengarah itu.

Beberapa individu sempat memerli Syamsul dan berkata dia adalah gangster yang sebenar kerana menyekat nombor isteri selama setahun.

Tak kurang juga yang memerlinya kerana memilih untuk bernikah buat kali kedua di Thailand dengan Ira Kazar.

Sementara itu, beberapa individu meluahkan pendapat mereka dan akui sudah berasa muak dengan filem arahannya. Menurut mereka, Syamsul tidak habis-habis bikin filem berkisarkan tentang gangster sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...