“Saya Sedar Bukan Mudah Untuk Mereka Terima” – Syamsul Yusof Akui Dah Baca Komen Ibu & Tengok Video Bapa Menangis

Hiburan

“Saya Sedar Bukan Mudah Untuk Mereka Terima” – Syamsul Yusof Akui Dah Baca Komen Ibu & Tengok Video Bapa Menangis

Sejak membuat pengumuman mengenai perkahwinannya bersama isteri kedua Ira Kazar, pengarah terkenal iaitu Syamsul Yusof sering diasak teruk oleh netizen.

Bukan itu sahaja, berita perkahwinan mereka turut mengejutkan ibunya, Datin Patimah Ismail yang secara terang-terangan menentang keputusan Syamsul.

Advertisement

Malah, Datin Patimah turut meluahkan rasa terkilan dengan bapa kepada Ira iaitu pelakon, Kazar Saisi yang membantu anak perempuannya bernikah di Thailand.

Dalam pada itu, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dilihat reda dengan keputusan anaknya namun turut meluahkan rasa kecewa sehingga tidak dapat menahan sebak ketika ditemu bual oleh Melodi.

Menerusi laporan Harian Metro, Syamsul menegaskan dia tidak ada niat langsung untuk membelakangi ibu dan bapanya mengenai keputusan berkahwin dua.

Saya dah tengok video tangisan ayah dan saya dah baca komen-komen mama dekat media sosial.

Menurutnya lagi, dia sedar keputusan yang diambil itu bukan mudah untuk diterima keluarga namun percaya hanya masa yang akan mengubati mereka semua.

Saya akan cuba sedaya-upaya untuk pujuk semula hati ayah dan mama. Saya tahu bukan mudah. Insya-Allah saya tak akan pernah berhenti mencuba.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuib sepahtu
1 year ago

"Jangan Begitu, Kita Raikan Orang Bahagia" - Shuib Sepahtu Akui Terkejut Diugut Gara-Gara Ucapan Tahniah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...