Meskipun kemelut rumah tangganya sedang hangat dibualkan dan dibahaskan di internet, Syamsul Yusof tidak membiarkan perkara itu mengganggu kerjanya.
Pengarah filem Mat Kilau itu menerusi Instaram memuat naik video dan memaklumkan tentang perkembangan terkininya yang sudah mulakan penggambaran.
Menerusi video pendek tersebut, Syamsul memohon orang ramai mendoakan filem arahannya bertajuk The Original Gangster.
Bagaimanapun, ramai warganet memberikan respon masing-masing di Facebook dan segelintir netizen dilihat menyindir Syamsul selain ada yang mengakui mahu memboikot pengarah itu.
Beberapa individu sempat memerli Syamsul dan berkata dia adalah gangster yang sebenar kerana menyekat nombor isteri selama setahun.
Tak kurang juga yang memerlinya kerana memilih untuk bernikah buat kali kedua di Thailand dengan Ira Kazar.
Sementara itu, beberapa individu meluahkan pendapat mereka dan akui sudah berasa muak dengan filem arahannya. Menurut mereka, Syamsul tidak habis-habis bikin filem berkisarkan tentang gangster sahaja.