Akhirnya terjawab persoalan orang ramai, suara disebalik ‘sang bara’ sepanjang minggu di Maharaja Lawak Mega 2021 itu merupakan pelakon Sharnaaz Ahmad apabila beliau muncul di pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam semalam.
Sepanjang 10 minggu peserta beraksi di pentas MLM 2021 itu, Sharnaaz yang merupakan juri kelima program tersebut sering memberi komen-komen yang pedas pada setiap peserta.
Ketika pihak Harian Metro menemui pelakon tersebut selepas program berlangsung, beliau berkata barangkali pemilihannya kerana imejnya di media sosial yang sering cakap lepas.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, aktor tersebut turut menyifatkan Maharaja Lawak Mega 2021 berada di tahap yang paling rendah atau lemah jika hendak dibandingkan dengan musim sebelum ini.
Musim kali ini ‘low’ dari setiap peserta. Saya pun tak tahu kenapa. Kalau dari skala 10, saya bagi 5.35 saja.
Menurutnya, dia merasakan kumpulan BAHYE tidak seharusnya berada di tempat keempat kerana merasakan kumpulan itu mempunyai inovasi pada lawak mereka dan meningkat di setiap minggu.
Sekadar info, pada pentas akhir MLM 2021, kumpulan TIRO yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Danial Zaini muncul juara sekaligus membawa pulang RM500,000.