October 20th, 2010

mizz nina

Kami rasa sesungguhnya ada rakan-rakan atau Mizz Nina sendiri membaca BeautifulNara dan memaklumkan kepadanya tentang entri luahan hati seorang peminat Mizz Nina baru-baru ini. Sebabnya baru-baru ini Mizz Nina di satu press conference telah ditanya oleh wartawan tentang lagu nyanyiannya dan persembahannya di kelab-kelab hiburan yang menyediakan arak.

Inilah jawapan Mizz Nina, apabila ditanya tentang lagu singlenya yang mempunyai lirik yang dikatakan kurang sesuai dengan gadis Melayu:-

[note]Terpulanglah bagaimana orang melihat pada muzik yang saya bawakan kerana saya tahu ada tiga kategori pendengar di negara ini, ada yang suka, ada yang rasa okey dan yang benci. Namun, saya sudah bersedia sepenuhnya. Tetapi bagi saya, ianya hanya sekadar muzik dan lagu, saya tidak mempunyai niat apa-apa pun sewaktu menulis lirik tersebut.. Saya cuma hendak mencuba sesuatu yang baru dan cuba untuk menghasilkan karya yang luar dari batasan pemikiran biasa[/note]

Dan untuk pengetahuan, Mizz Nina tidak pernah mengambil sebarang minuman beralkohol walaupun selalu membuat konsert di kelab-kelab ataupun membuat konsert yang ditaja oleh syarikat arak.

[note]Saya terima semua undangan menyanyi di club sebagai seorang penyanyi yang professional. Tak semestinya saya perform di club saya ambil minuman alcohol. Saya nak berterus-terang disini, saya tidak pernah ambil alcohol walaupun saya selalu ke club. Tambahan pula saya tidak boleh menolak jika saya diundang di mana-mana club untuk membuat persembahan kerana saya dibayar dan ia sudah menjadi komitmen dan minat saya.Saya banyak dipanggil untuk membuat persembahan di club mungkin kerana genre muzik yang saya bawakan. Muzik pop dan urban menjadi pilihan dan sesuai untuk dibawakan bagi pelanggan club[/note]

At least usaha kami menulis tentang luahan hati peminat Mizz Nina baru-baru ini sampai jua kepada Mizz Nina. Harap-harap Mizz Nina selepas ini lebih prihatin dan tak buat konsert yang berkaitan dengan alkohol. Kami tulis sebab kami sayangkan Mizz Nina. Bukan kami nak jatuhkan Mizz Nina. Lagipun kami tengok Mizz Nina nie memang berbakat besar dan mampu pergi jauh.

Apa pun sila jadikan Mizz Nina sebagai role model dalam bab tidak minum arak. Yang bab-bab lain tue kami rasa Mizz Nina tengah berusaha untuk membaikinya. Baru-baru ini pun kami tengok gambar Mizz Nina semuanya dah sopan-sopan belaka. Tak ada seksi-seksi dah. Tahniah Mizz Nina. We know you can do it.


Comments are closed.

Loading...