October 13th, 2010

mizz nina

Hari ini kami nak sharekan email-email yang kami terima daripada pembaca. Kesemuanya dihantar terus ke borakartis @ gmail.com. Kiranya ini macam segmen luahan hati seorang peminat. Kali ini kita ada peminat Mizz Nina. Ikuti luahan hatinya:-

[note]Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Abg Nara
kerana sudi mempertengahkan isu Mizz Nina yang sering membuat
persembahan untuk syarikat yang tidak berakhlak. Sebagai seorang bapa
kepada 2 anak perempuan kecil yang berumur 10 tahunn dan 6 tahun, saya
memang takut akan pengaruh artis seperti Mizz Nina keatas anak saya.

Anis (yang berumur 10 tahun) sudah pandai menggunakan Youtube dan
sering melayarinya untuk melihat video klip Mizz Nina serta
artis-artis lain yang tidak senonoh. Sebagai seorang bapa yang muda,
saya tidak tahu apa hendak dibuat lagi untuk mencegah anak saya
daripada membesar dan dipengaruhi oleh imej dan cara perangai Mizz
Nina.

Saya difahami oleh kawan saya yang rapat dengan penyanyi Hujan (Noh
Salleh) bahawa manager Mizz Nina ialah seorang perempuan yang bernama
Yaniz Merican daripada syarikat YZ International. Beliau memang
terkenal dengan mempunyai klien-klien seperti Guiness Anchor Beer
Berhad dan Hennessy. Beliaulah yang sering menyuruh Mizz Nina untuk
berpakaian tidak senonoh dan menuujukkan aurat. Saya juga difahamkan
bahawa Noh (kekasih Mizz Nina) sudah sering kali menasihati Mizz Nina
supaya lebih bersopan dengan cara pemakaiannya dan cara
persembahannya. Dengan melihat sahaja persembahan Mizz Nina di
youtube, beliau berpakaian ketat dan menari dengan cara yang
betul-betul tidak mencerminkan seorang umat Islam yang baik.

Harap-harap Abg Nara boleh memastikan bahawa artis-artis lain tidak
akan terpengaruh dengan cara Mizz Nina untuk menjadi terkenal.
Anak-anak kami yang akan menerima padahnya kerana merekalah yang akan
cuba mengikut cara artis kesayangan mereka.

Sekian, terima kasih.[/note]

Harapan kami agar Mizz Nina ataupun manager Mizz Nina terbaca luahan hati ini dan lebih prihatin selepas ini. Kalau anda ada luahan hati yang telah lama terpendam, boleh hantar kepada borakartis @ gmail.com


Comments are closed.

Loading...