Ingat lagi tak entri kami yang bertajuk Mizz Nina tak prihatin, join konsert sempena Arthur’s Day? Kali ini kami dapat satu email daripada seorang pembaca yang memberitahu Mizz Nina akan membuat konsert di H-Artistry Halo. Huruf H adalah singkatan kepada sebuah syarikat arak, Hennessy.
Cuba anda tengok betul-betul gambar di atas tue. Memang ada tersellit gambar Mizz Nina di situ. Hmm… Kalau time Arthur’s Day tue mungkin boleh dimaafkan sebab kali pertama. Tapi kali ini dah masuk dua kali dah. Kami masih nak bersangka baik. Mungkin Mizz Nina tak tau pun yang Hennessy ini adalah sebuah syarikat arak.
Bagi kami manager si Mizz Nina nie kena lebih prihatin. Janganlah main serbat je segala offer yang ditawarkan. Standard kena jaga jugak. Kami sebenarnya berbangga dengan kewujudan talent yang hebat macam Mizz Nina nie. Cuma kalau nak pergi jauh, kami rasa Mizz Nina perlu lebih sensitif dengan perkara-perkara macam nie.
Apa pendapat anda? Ke anda pun tak kisah jugak?