Sedia maklum, pelakon Siti Saleha, baru-baru ini ada memaklumkan dirinya sedang mengenali seorang jejaka baru setelah bercerai dengan bekas suami pada awal tahun ini.
Menurut Siti Saleha atau mesra di kenali sebagai Sally, jejaka yang sedang dia menjalinkan hubungan ini mempunyai darah kacukan dan katanya juga ada ‘mix’ orang putih.
Terbaharu, pelakon berkenaan berkongsikan foto dirinya bersama seorang lelaki di laman Instagram dan rata-rata merasakan itu adalah teman lelaki Sally.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, netizen seakan-akan kecewa kerana ‘tertipu’ apabila Sally berkata teman lelakinya mempunyai darah orang putih dan netizen juga pertikai bahawa lelaki itu kelihatan seperti melayu tulen.
Bukan itu saja, malah ada netizen mendakwa Sally mampu untuk mendapat jejaka yang lebih kacak tetapi kerana wang, dia sanggup memilih jejaka terbabit.
Sehingga artikel ini di tulis, foto terbabit meraih perhatian yang cukup hebat di mana ia telah mendapat hampir 200 komen di Instagramnya itu.