“Kita Mix, Kita Orang Putih” – Siti Saleha Mengaku Bercinta Dengan Jejaka Kacukan

Hiburan

“Kita Mix, Kita Orang Putih” – Siti Saleha Mengaku Bercinta Dengan Jejaka Kacukan

Pelakon Siti Saleha mendedahkan bahawa dia telah menemui pengganti dan sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka kacukan sepertinya setelah 10 bulan bercerai.

Memetik laporan mStar, Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 32, berkata dia akan berkongsi tentang lelaki berkenaan di Instagram sekiranya ada perkembangan lanjut.

Advertisement

Nanti saya kongsi di Instagram saya, bila saya sedia. Tiada apa yang serius, dia lelaki yang baik. Kami mempunyai persamaan, kita mix…kita orang putih.”

Bercerita lebih lanjut, Saleha memberitahu kenalan terdekat sudah pun mengetahui hubungannya bersama lelaki tersebut walaupun tidak diwar-warkan secara umum.

Dalam pada itu, Saleha turut memberi bayangan bahawa lelaki itu ada menemaninya ketika tayangan perdana Hilang yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.

Saya rasa orang sekeliling tahu walaupun saya tidak berkongsi gambarnya. Bila-bila masa nanti saya tunjuk wajahnya.”

Sekadar info, Siti Saleha pernah berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar, pada 28 Julai 2017 namun berpisah 22 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor.

Siti Saleha cerai
2 years ago

Pelakon Siti Saleha Sah Bercerai Talak Satu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...