Akhirnya Abang Nara berjaya juga menjumpai apakah makna sebenar simbol misteri yang Abang Nara kongsikan dalam entri ini dan entri ini. Punyalah Abang Nara ingatkan ada radiasi ataupun alien nak datang menyerang bumi. Rupa-rupanya ini adalah projek terbaru daripada Celcom yang diberi nama Kolony – highly recommended for Social Networking. Semuanya boleh dibaca di laman web www.kolony.com.my.
Penangan Kolony memang tersangatlah hebat. Tak sampai seminggu dibuka, dah lebih 1 juta orang dijangkiti virus ini. Ini semua kerana kehebatan Kolony yang bakal mengubah cara anda berhubung dengan kawan-kawan anda menerusi SMS. Sekali dijangkiti, anda akan terus ketagih dan tiada ubat untuk virus Kolony ini. Cara untuk dijangkiti? Senang sangat ~~~
Hantar SMS “KOLONY <jarak> <nickname anda> ke 25333”
Asalkan anda pengguna Celcom anda boleh dijangkiti dengan virus Kolony ini. Tak kira la anda pengguna Xpax, U.O.X, atau S.O.X. Cuma perlu hantar SMS di atas dan kini anda boleh berhubung 4 cara baru menggunakan KOINZ. Apakah 4 cara baru itu?:-
- DING – Ding your buddies and leave them a message to cheer them up.
Send KDING <fren’s nickname> <message> to 25333
- BOMM – Have an update to share? BOMM it away to all your FRENs!
Send KBOMM <message> to 25333
- FREN – FREN for life? Make as many as you can in Kolony!
Send KFREN <fren’s nickname> to 25333
- POPP – Get to comment on what your buddies say!
Send KPOPP <fren’s nickname> <comment> to 25333
Abang Nara camner nak dapat KOINZ untuk hantar SMS-SMS nie? Ce cite ce cite
Senang je dik nok oi ~~ KOINZ nie percuma je. Tak payah nak beli topup ke apa. Cuma perlu gayut sampai lebam dengan menggunakan The New Xpax plan. Lagi banyak korang gayut, lagi banyaklah KOINZ yang akan korang dapat. Sila rujuk di bawah ye ataupun checkout the new Xpax website.
Tapi Abang Nara saya malas ah nak gayut-gayut nie. Ada cara lain tak nak dapatkan KOINZ nie?
Ada je. Kalau korang jenis tak ada orang untuk digayutkan, boleh pergi ke www.kolony.com.my untuk membeli KOINZ. Murah je babe. Tak ada yang mahal pun. RM0.30 untuk 10Koinz, RM1.50 untuk 50Koinz, RM3 untuk 100Koinz. Dah ada KOINZ tue barulah korang boleh bangga diri dan berkata kepada kawan-kawan korang yang anda telah dijangkiti virus KOLONY.
Terjah website KOLONY dan pastikan anda juga dijangkiti dengan infeksi yang kini semakin pantas merebak ke seluruh Malaysia.