Rahsia Simbol Misteri Sikit Lagi Nak Terbongkar ~~~

Hiburan

Rahsia Simbol Misteri Sikit Lagi Nak Terbongkar ~~~

Entri Abang Nara yang bertajuk “Simbol Apakah Ini? Buat Hati Ini Seram Sejuk” nampaknya mendapat sambutan yang hangat. Lebih daripada 600 komen dan 2 ribu Facebook Share telah dikumpul. Dan minggu itu sahaja Abang Nara mendapat puluhan email yang berkongsikan gambar simbol tersebut yang dijumpai di merata-rata tempat. Salah satu email yang dihantar berbunyi:-

Abang Nara. Hari itu ada sorang kawan saya hantar email gambar di bawah. Saya ingatkan gambar trafik light biasa. Tengok lama-lama rupanya ada gambar simbol yang Abang Nara kongsi hari itu Tolonglah Abang Nara bagitau saya apa benda maksud simbol nie. Takut dah nie ~~

Advertisement

lambang misteri

Abang Nara semakin bersemangat membuat kajian tentang simbol ini selepas mendapat feedback yang banyak daripada anda semua. Cari punya cari. Abang Nara terjumpa dengan satu blog di alamat www.lambangmisteri.blogspot.com.Dalam blog nie, semua gambar-gambar yang Abang Nara pernah sharekan dulu ada. Nampaknya dah ada orang yang mula mengkaji fenomena simbol misteri ini. Satu langkah yang bagus.

Dan semalam, Abang Nara terima lagi satu email yang bertajuk “Rahsia Simbol Misteri Kini Terbongkar”. Dengan pantas Abang Nara membuka email tersebut. Di dalam email tersebut cuma ada alamat laman web www.kolony.com.my. Dengan lebih pantas, Abang Nara membuka website tersebut. Tapi malangnya…….

lambang misteri

Website tersebut kosong. Tak ada apa-apa pun. Nampaknya misteri simbol ini akan tinggal misteri buat masa ini. Abang Nara tinggalkan korang dengan sebuah lagi video yang dirakam dan ada simbol misteri tersebut. Memang misteri!!!

Seperti biasa, kalau anda ada info, kongsikan dengan Abang Nara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...