Pagi tadi, penulis ada kongsikan tentang seorang wanita yang mengalami masalah kemurungan dilaporkan hilang selepas dipercayai telah terjun ke dalam Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang di Teluk Intan kelmarin.
Perkara tersebut terbongkar apabila kereta wanita itu ditemui berdekatan lokasi kejadian pada pukul 4.30 petang oleh suaminya sendiri. Suami wanita tersebut mengesyaki yang isterinya telah terjun dalam Sungai Perak selepas dia menyedari isterinya tiada di rumah pada pukul 9 pagi hari yang sama.
Lelaki itu cuba menghubungi isterinya namun panggilan telefon tidak dijawab. Pihak polis juga dimaklumkan oleh si suami yang isterinya mengalami masalah kemurungan dan enggan bercakap sejak seminggu lalu.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa mula digerakkan pada pukul 8 pagi semalam di Sungai Perak membabitkan pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam.
Mayat mangsa terjun ke dalam Sungai Perak ditemui lemas oleh anggota penyelamat
Menurut laporan KOSMO, mayat seorang wanita berusia 49 tahun yang lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang di Teluk Intan ditemui malam tadi.
Mungkin ada sebab kenapa dia terjun, kita tunggu siasatan nanti https://t.co/aLeNw6CPLZ
— Kosmo! Online (@kosmo_online) October 21, 2021
Mangsa dijumpai kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas. Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, operasi mencari mangsa yang dilakukan sejak pagi semalam diteruskan hingga malam.
Tambah jurucakap tersebut, pencarian dilakukan pada kawasan permukaan menggunakan sebuah bot dengan jarak radius 100 meter dari tempat mangsa dipercayai lemas.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan untuk membantu polis mencari seorang wanita yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Perak dekat Jeti Durian Sebatang.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara