Miss Universe Malaysia Cemas Diekori Pak Lebai, Pernah Ganggu Tahun Lepas – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Kehidupan

Miss Universe Malaysia Cemas Diekori Pak Lebai, Pernah Ganggu Tahun Lepas – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Setiap wanita sudah pastinya akan berasa cemas jika berdepan dengan situasi mendebarkan seperti diekori atau dicabul oleh lelaki.

Apatah lagi, zaman sekarang ini mereka semakin berani berbuat begitu di tempat terbuka dan sesetengah orang awam pula memilih untuk berdiam daripada tampil membantu.

Advertisement

preggy
3 years ago

"Sumpah Scary" - Diekori Lelaki ‘Psycho’, Wanita Hamil Trauma Meskipun Berjalan Dengan Suami

Miss Universe Malaysia 2020/2021, Franscisca Luhong James baru-baru ini berdepan dengan detik cemas apabila dia diganggu oleh lelaki yang sama pernah mengganggunya kira-kira setahun lalu.

Menerusi Instagram, Francisca, 27, berkongsi pengalamannya itu ketika berada di Starbucks di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa.

Selepas temujanji spa, apabila saya keluar dari lif menuju ke lobi untuk menunggu Grab, saya ternampak lelaki itu sekali lagi…

….orang yang sama, pakaian sama namun berlainan kain yang disangkut di bahu. Lebih menakutkan saya nampak dia calit sesuatu pada lehernya, seperti minyak.”

Francisca kemudian bergegas ke Starbucks namun lelaki tersebut tetap mencari dan mengekorinya malah dengan selamba duduk berdepan dengan mejanya sebelum dibantu oleh pengawal keselamatan.

Mahu orang lain berwaspada, Francisca berkongsi gambar lelaki itu yang dilihat lengkap berjubah putih serta berkopiah dengan kain selempang di bahu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...