Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan rasa berang apabila dirinya menjadi mangsa fitnah apabila dia dituduh membuat pembedahan bariatrik untuk cepat kurus.
Fasha menerusi Instagram kemudiannya tampil menafikan dakwaan itu dan meminta individu itu untuk menyelidik dahulu sebarang info sebelum menyebarkan andaian itu kepada umum.
Tambahnya lagi, dia tidak akan memandang rendah pada mereka yang menjalani rawatan bariatrik kerana ada yang melakukannya atas faktor kesihatan dan nasihat doktro.
Penurunan berat badan saya bukan cepat, ianya mengambil masa lebih 6 bulan. Sekarang saya hanya jaga pemakanan saya, exercise dan malam-malam ambil berryfull.
Dia juga meminta individu-individu yang menyebarkan berita palsu itu untuk menampilkan bukti atau membuat permohonan maaf secara terbuka.
Misi HUKM mana yang menyebarkan berita palsu? Saya jaga ibu saya 3 tahun lalu, alih-alih buat cerita saya buat bariatric. Saya harap perkara ini boleh dijadikan pengajaran agar…
…jangan mudah nak gunakan sosial media untuk menyebarkan berita palsu sebelum mendapat kesahihan.
Terdahulu, seorang individu mendakwa dia ada mendengar mengenai cerita khabar angin yang mendakwa Fasha Sandha melakukan pembedahan bariatrik bagi tujuan menguruskan badan.