Meskipun dihujani bertubi-tubi kecaman, namun Caprice terus kuat dan memegang teguh kepada niatnya untuk membantu penduduk di Gaza.
Bukan kosong perjalanan ke sana, menerusi entri di Instagram, penyanyi rap itu berkongsi mahu mencuba untuk mengubah ekonomi rakyat negara tersebut.
Salah satu misi saya di Palestin ialah membantu sesetengah keluarga bagi mencari atau membina produk baharu, membentuk bisnes online dengan mengaplikasikan cara saya menjalankan perniagaan dalam talian seperti di Malaysia.
View this post on Instagram
Caprice juga menanam azam untuk mencipta jenama sendiri buat rakyat Palestin dan membantu mereka melancarkannya.
Kita akan cipta satu jenama untuk mereka, mengajar setiap keluarga dan menyerahkan produk ini untuk mereka jalankan sendiri. Insya-Allah semua itu akan membantu meningkatkan sumber kewangan dan ekonomi Palestin.
Difahamakan bahawa lelaki itu masih lagi berada di Mesir bagi menjalankan misi di Gaza yang masih belum ditunaikan.
Besar betul cita-cita Caprice kan?
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.