Mira berkata beliau sedikit pun tidak berkecil hati dengan teguran mahupun kecaman yang diterima dan sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti dimana setiap perkara pasti akan mendapat perhatian ramai.
Mereka akan berminat untuk memberi komen. Cuma, apabila komen itu lebih ke arah kecaman dan negatif, saya tidak mahu ambil pusing. Apatah lagi hendak berasa kecil hati kerana saya sedar zaman sekarang memang netizen sangat aktif memberi komen di laman sosial.
Saya ingin menjelaskan warna sebenar baju itu adalah kuning gelap dan tidak mengikut langsung warna kulit saya seperti didakwa. Malah, baju itu juga saya gayakan dengan palazo dan tudung pun masih dipakai labuh menutup bahagian dada.
Apa yang berlaku menjadi pengajaran buat Mira dan beliau berjanji akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian mahupun warna untuk digayakan agar ia tidak lagi menimbulkan fitnah ataupun salah faham di masa depan.