Kali ini nama Mira Filzah terpalit lagi dengan gosip cinta apabila beliau dikatakan sedang menjalin hubungan dengan pelakon Ben Ali.
Mira dalam temubual terbaru bersama BH ONLINE mengakui sedang rapat dengan Ben Ali tetpai hubungan mereka tidak lebih daripada seorang teman.
Aktres yang cukup terkenal dengan wajah jelitanya itu juga memberitahu beliau lebih selesa untuk berkawan dengan lelaki berbanding perempuan.
Sebenarnya, kami rapat sebagai kawan. Ben menjadi individu penting memperkenalkan saya dalam industri lakonan sejak awal tahun lalu. Daripada situ, saya mula memberi kepercayaan kepada dia menguruskan kerjaya lakonan bersama Natrah sebagai pembantu peribadi.
Sejak dulu lagi, Ben menjadi pakar rujuk dan memberi tunjuk ajar. Saya lebih banyak kawan rapat dalam kalangan lelaki. Ben adalah salah seorang daripada mereka. Mungkin saya lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding wanita.
Sedar beliau akan menjadi bahan gosip percintaan selagi beliau tidak mempunyai teman lelaki ataupun berkahwin, Mira menjelaskan beliau sedikit pun tidak akan merasa tertekan dengan situasi berkenaan.
Saya tidak rimas dan tertekan dengan usikan begitu. Saya percaya, selagi saya belum berpunya dan berkahwin, gosip dan usikan seumpama itu akan terus diperkatakan.
Termasuklah dengan rakan gandingan saya dalam drama atau telefilem yang masih solo. Saya dan Ben misalnya, kami tahu setakat mana hubungan terjalin. Jadi, ia bukan tekanan besar.
Kalau selalu dihimpit gosip percintaan,maknanya anda sebenarnya menjadi buruan ramai. Iyalah, siapa tidak kenal dengan Mira Filzah? Meskipun baru lagi didalam industri hiburan tempatan, beliau aga dikenali ramai.