Selalunya kita dengar geng ‘scammer’ akan menyamar menjadi pihak seperti LHDN, polis, mahkamah dan macam-macam lagi.
Tapi, terbaru ada ‘scammer’ yang menyamar sebagai ahli politik pula!
Menerusi perkongsian Datuk Seri Zahid Hamidi di Facebook, beliau memaklumkan bahawa terdapat pihak yang menyamar menjadi dirinya dan meminta wang.
Ia berlaku selepas akaun Telegram dan Whatsapp beliau digodam baru-baru ini.
‘Scammer’ tersebut menghubungi dan menghantar mesej kepada sesiapa sahaja dari senarai ‘contact’ Pengerusi UMNO itu.
Berdasarkan ‘screenshot’ perbualan dimuat naik itu, individu tersebut telah bertanya jika boleh ‘transfer’ duit ke dalam akaun kawannya.
Boleh tolong transfer duit RM5000 ye insyaAllah petang sikit saya transfer balik.”
Akaun bank yang diberikan oleh si ‘Zahid’ itu adalah akaun Maybank di atas nama Zainal Abidin.
Menjengah ruangan komen, agak ramai netizen yang berkata mereka telah menerima mesej yang sama daripada beliau.
Selain itu, netizen turut mengingatkan semua agar berhati-hati dengan aktiviti penipuan seperti ini yang dilihat semakin meruncing di Malaysia.
Segelintir individu menggesa agar pihak polis mengambil tindakan dan mencari individu terbabit berdasarkan nama dan nombor akaun yang diberikan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.