“Mentang Zahid Hamidi Semua Salah ” – Nurulhidayah Kecam Caprice Persoal SOP Dalam Lif, Dakwa Buat Content Sampah

Hiburan

“Mentang Zahid Hamidi Semua Salah ” – Nurulhidayah Kecam Caprice Persoal SOP Dalam Lif, Dakwa Buat Content Sampah

Anak kepada Presiden Umno Dato Seri Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah Ahmad Zahid tampil meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan penyanyi rap, Caprice yang mempersoalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selepas tular video seorang lelaki yang dihalau keluar dengan kasar daripada memasuki lif sebuah kompleks mahkamah bersama bapanya, tempoh hari.

Dalam hantaran yang dibuat Caprice itu, penyanyi lagu Baby Sayang itu ada bertanyakan secara sinis mengenai prosedur SOP yang ditetapkan sewaktu menaiki lif.

Advertisement

Caprice dilihat memuat naik klip video peristiwa itu dan memuat naik hantaran tersebut di laman Instagramnya untuk tatapan peminat.

Apa yang pelik tentang video ini bukan sebab bodyguard tapi lif tu, bukan ke ada SOP atau limit berapa orang boleh masuk dalam lif tu. Tanya je.

Enggan berdiam diri, Nurulhidayah kemudian memberi jawapan balas terhadap pertanyaan Caprice itu dan berpendapat penyanyi itu sengaja mahu menjadikan semua isu sebagai ‘content’ sampah di media sosialnya.

Jawapan Zahid HamidiSumber : Murai.my  

I dah DM u. Bukan u takda Whatsapp i minta i explain. Semua benda nak dijadikan content sampah. – Nurulhidayah

Dia yang juga merupakan seorang aktivis sebelum ini pernah memberi penjelasan panjang lebar selepas video yang memperlihatkan pengawal peribadi dipercayai bekerja untuk Zahid Hamidi telah bertindak mengasak dan menghalau seorang lelaki yang sama-sama ingin memasuki lif di atas faktor-faktor keselamatan.

nurulhidayah jawab isu lelaki ditarik bodyguard bapa
4 bulan lalu

"Dia Bukan Tunggu Lif Lama Pun" - Nurulhidayah Ahmad Zahid Jelas Isu Lelaki Ditarik 'Bodyguard' Bapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. cikfendi

    January 29, 2022 at 9:00 am

    dua2 pun mereka ni sampah titik!

  2. anonymous

    January 28, 2022 at 5:35 pm

    penjenayah bebas

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...