“Minta Padam Video, Dia Ada Sakit Mental” – Abang Tiri Hanya Perhati Adik Tiri Lemas Dalam Kolam, Jiran Minta Jangan Sebar Fitnah

Berita

“Minta Padam Video, Dia Ada Sakit Mental” – Abang Tiri Hanya Perhati Adik Tiri  Lemas Dalam Kolam, Jiran Minta Jangan Sebar Fitnah

Memetik laporan Kosmo Online, seorang lelaki berusia 26 tahun telah ditahan pihak polis kerana didakwa hanya berdiri dan melihat sahaja seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang lemas di sebuah apartment di Bangi, 13 September lalu.

Perkara itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan di mana dia memaklumkan bahawa suspek merupakan abang tiri kepada mangsa yang lemas itu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Penahanan itu dibuat selepas pihak polis meneliti kamera litar tertutup yang dipasang di lokasi kejadian.

Penelitian yang dijalankan berdasarkan CCTV tersebut mendapati ketika kejadian suspek yang merupakan abang tiri mangsa turut berada di lokasi kejadian.

Suspek dilihat leka melakukan sesuatu sambil melihat sahaja mangsa yang sedang lemas tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa.

Siasatan juga mendapati bahawa mangsa maut sekitar jam 3 petang setelah lemas sebelum dibawa ke klinik dan kemudian dirujuk ke Hospital Serdang.

Perkembangan lain, jiran mangsa yang ingin dikenali sebagai Mira, abang tiri mangsa mempunyai masalah mental dan meminta video itu tidak diviralkan agar tidak menjadi fitnah.

Minta jasa baik semua, padamkan video arwah adik ini. Video ini disebarkan tanpa tahu kisah sebenar kerana ia mendatangkan fitnah, saya sendiri tak sanggup tengok video adik ini lemas.

Abang arwah adik ini memang tidak waras dan ada surat hospital. Abang arwah telah ditangkap polis. Mohon semua jangan tambahkan beban ibu bapa arwah lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Caprice ebit mondy
8 months ago

Dah Jadi Kes R*gol, 13 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Kes Mondy & Ebit Lew

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...