Dah Jadi Kes R*gol, 13 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Kes Mondy & Ebit Lew

Berita

Dah Jadi Kes R*gol, 13 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Kes Mondy & Ebit Lew

Memetik Harian Metro, polis sudah memanggil 13 saksi bagi membantu siasatan dakwaan gangguan seksual membabitkan pendakwah bebas, Ebit Lew.

Perkara itu turut disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman , Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dia mana dia memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Advertisement

Shuhaily berkata, pihak mereka menerima laporan dibuat mangsa yang berasal dari Indonesia, lima hari sebelum ebit Lew membuat laporan penafian sejurus pulang dari luar negara.

Dia kemudian membuat satu lagi laporan penafian yang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.Setakat ini polis sudah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes itu.

Pihak polis juga dilaporkan akan memanggil beberapa saksi lagi bagi melengkapkan siasatan berkenaan dan wanita Indonesia itu juga masih berada di negara ini.

Mengulas mengenai tindakan merampas telefon bimbit milik wanita berkenaan, ujar Shuhaily ia adalah prosedur biasa dalam siasatan.

Kita ambil telefon dia untuk siasat. Memang ada peruntukan undang-undang bagi siasat pengisian di dalamnya sama dengan apa yang diberitahu, masa kejadian dan lain-lain lagi.

Polis juga turut merakam keterangan penyanyi rap, Caprice dan Mondy Tattoo berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew, selasa lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kak km
7 months ago

"Sibuk Masuk Campur, Mana Nak Neraka Kan Lah!" - Kak KM Nafi Bakal Jadi Janda, Masih Mesra Dengan Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...