Tular di media sosial TikTok apabila pelakon dan personaliti TV, Uyaina Arshad dilihat membuat video kontroversi di mana dia menggunakan suara latar mahu mengajak rakannya jika dimasukkan ke neraka.
Hantaran tersebut telah mencetuskan perdebatan dan kritikan dalam kalangan netizen dan juga pendakwah bebas, PU Syed.
Terpanggil untuk memberi teguran, PU Syed dilihat telah menasihati pengacara program Wanita Hari Ini agar tidak mengambil mudah mengenai isu neraka Allah S.W.T.
Betapa beraninya kamu buat content sebegini?! Sebelum ini ada yang melawak, jual topi dan dikatanya topi kali api neraka. Tiba-tiba muncul pulak video ini.
PU Syed juga memberi contoh mengenai panas api neraka yang tidak terbayang azabnya jika dibandingkan dengan api dunia.
Panas seterika baju tu pun kamu dah melompat kesakitan dan kepanasan, ini pula tentang neraka??
Pendakwah itu meminta agar Uyaina dan rakannya itu bertaubat kepada Allah dan tidak mengulangi kesilapan seperti itu lagi.
Terdahulu, nama Uyaina pernah mendapat tumpuan warga maya apabila dia tampil menggayakan busana seperti Cleopatra dan bertanduk pada majlis perkahwinannya dahulu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.