Tak habis-habis lagi ‘pergaduhan’ di antara MIG/David Teo dengan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini. Semuanya bermula apabila Wawa Zainal melanggar kontrak dan berkahwin dengan Aeril Zafrel tanpa pengetahuan pihak pengurusan MIG. Apabila diminta penjelasan mengapa menyorokkan perkahwinan mereka, Aeril dan Wawa menyatakan takut dimarahi oleh pihak pengurusan MIG kerana berkahwin ketika kontrak masih ada. Terbaru, isu ‘kehilangan’ kereta Suzuki Swift yang bermula Julai lalu kembali hangat diperkatakan.
Kereta ini dibeli oleh Wawa Zainal menggunakan wang simpanan hasil lakonan namun ia didaftarkan atas nama syarikat MIG kerana Wawa tidak mencukup syarat-syarat pembelian kereta. Laporan polis telah dilakukan atas kehilangan kereta ini dan menerusi satu rakaman audio yang tersebar, pihak MIG telah meminta agar laporan polis itu ditarik balik. Namun penarikan balik tidak dapat dilakukan kerana kes ini kini dalam siasatan. Menariknya, suami Wawa Zainal tidak mahukan kereta tersebut kembali tetapi hanya ingin mendapatkan dokumen dan pakaian mereka yang berada di dalam kereta tersebut seperti yang ditulis menerusi akaun Instagramnya.
Pening juga kepala dibuatnya kan? Rasanya masalah ini boleh diselesai secara baik sekiranya kesemua pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk bersemuka. Tak perlu nak gaduh-gaduh lagi. Orang pun dah lupa apa yang terjadi. Semua pun dah gembira melihat kebahagiaan Aeril dan Wawa bersama anak comel mereka. Sebagai langkah pertama, mungkin pihak MIG boleh pulangkan kembali dokumen-dokumen penting milik Aeril dan Wawa. Takut-takut mereka perlukan dokumen tersebut untuk buat sesuatu yang wajib seperti passport ke, kad pengenalan baru atau ambil sijil kahwin.
Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan secara profesional dan secepat mungkin. Dah berpanjangan lama sangat dah kemelut antara kedua-dua pihak ini. Lagi beberapa gambar keluarga bahagia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.