Isteri kepada pelawak terkenal, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub mendedahkan bahawa dia pernah menjadi seorang pramugari sebeblum berkahwin dengan suaminya.
Bekas pramugari itu turut berkongsi pengalamannya sebagai ‘flower pot’ di syarikat penerbangan Air Asia menerusi temu bual bersama Zarul Umbrella.
Saya pakai uniform, duduk sebelah VIP. Itulah ‘flower pot’, apa yang kita panggil kalau jadi kru kabin. Jadi, kalau dalam majalah ada orang yang sebelah bos besar, itulah nama ‘flower pot’.
Menurut Zira, bukan mudah baginya untuk menjadi seorang ‘flower pot’ kerana dia perlu mengambil peperiksaan kali kedua selepas gagal semasa dalam tempoh latihan.
Namun, kariernya sebagai pramugari hanya bertahan selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pelawak berusia 39 tahun itu.
Sebab Haji ada cakap, ‘kalau awak terbang, macam mana kita nak jumpa? Terpaksa resign, kalau ikutkan hati saya tak nak berhenti sebenarnya.
Bukan itu sahaja, Zira turut mendedahkan bahawa Nabil sanggup membayar gaji yang sama ditawarkan oleh syarikat penerbangan itu sebagai pendapatannya.
Saya cakap dengan haji, ‘kalau saya berhenti, awak kena bayar gaji saya. Berapa saya dapat, itulah yang awak kena bayar setiap bulan’ dan dia pun setuju.
@zarulumbrellaofficial Ikuti kisah menarik Zira yg merupakan wife kpd Nabil Ahmad semasa bertugas diawan biru bersama AirAsia
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji tindakan Nabil sebagai seorang suami yang berlaku adil terhadap isterinya.
Malah, netizen turut menyifatkan bapa kepada tiga cahaya mata itu sebagai lelaki ‘alpha’ sebenar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.