(VIDEO) “Gift Tak Sampai Seribu Pastu Nak Suruh Cakap Thank You, Agak-Agak La” – Suami Fatin Afeefa

Hiburan

(VIDEO) “Gift Tak Sampai Seribu Pastu Nak Suruh Cakap Thank You, Agak-Agak La” – Suami Fatin Afeefa

Suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang sekali lagi menjadi perhatian orang ramai selepas tular sebuah rakaman sesi ‘live’ di aplikasi TikTok.

Menerusi video yang dirakam oleh seorang pengguna Twitter, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai dilihat teruja apabila mendapat gift ‘ikan paus’ yang diberi oleh isterinya.

Advertisement

Namun, apa yang mengundang kemarahan orang ramai apabila pempengaruh itu mempersoalkan netizen yang memberi gift ‘murah’.

Kalau ye pun nak bagi gift, ini baru namanya gift, ikan paus. Ini gift tak sampai seribu, pastu nak suruh kita cakap thank you, agak-agak la. Tak, sebab I kalau masuk live orang, i bagi gift banyak-banyak.

Bukan itu sahaja, Opai turut sempat menjawab soalan penonton ‘live’ berkenaan mengenai tempoh kejayaan dan kekayaannya.

Baru kaya berapa tahun? Alhamdulillah, konsisten la empat tahun. Nak jaga kekayaan tu bukan senang.

Susulan itu, video rakaman sesi ‘live’ itu telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan tular di laman Twitter sehingga meraih 523.5K tontonan, 4.3K tanda suka, dan 1.7K ciap semula.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen telah menyifatkan suami pelakon itu sebagai seorang yang riak kerana mengakui dirinya sebagai ‘orang kaya’.

Malah, ada juga yang mengungkit kisah lamanya yang pernah bergelut dalam meneruskan kehidupan sebelum menjadi seorang yang berjaya seperti sekarang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

puteri sarah, ira kazar
1 year ago

"Nak Jadi PS Dimata Sol Ke Tu.." - Fesyen Dibandingkan, Ira Kazar Didakwa Cuba Tiru Puteri Sarah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...