“Minta Alih Kereta Bang..” – Bapa Kecewa Hak Anak OKU ‘Dipermainkan’ Oleh Peniaga Jalanan

Kehidupan

“Minta Alih Kereta Bang..” – Bapa Kecewa Hak Anak OKU ‘Dipermainkan’ Oleh Peniaga Jalanan

Kerapkali kita dihidangkan dengan isu penyalahgunaan tapak parkir golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berikutan tahap kesedaran sesetengah masyarakat yang masih cetek dan tidak prihatin.

Tular baru-baru ini apabila seorang bapa yang dikenali sebagai Isma Nizam Norahman telah berkongsi satu situasi mengecewakan yang dialami dia bersama anaknya yang berstatus OKU bertempat di sebuah kompleks sukan di Klang pada hujung  minggu yang lalu.

Advertisement

Dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya, Isma mendakwa hak menggunakan parkir OKU untuk anaknya itu telah ‘diseleweng’ oleh peniaga jalanan.

Dia yang tiba di kompleks sukan itu segera ke parkir OKU namun terdapat sebuah kerusi di atas tapak letak kereta khas tersebut dan bergegas untuk mengalihkannya.

Namun, Isma tiba-tiba sahaja didatangi seorang individu yang memintanya untuk mengalihkan kenderaan kerana mahu menjadikan parkir OKU itu sebagai tapak untuk berniaga.

Berniaga di tapak parkir okuSumber : Sekadar Gambar Hiasan  

Jelasnya, ini bukanlah kali pertama peristiwa seumpama itu berlaku kepada dia dan anaknya namun sudah tidak tahan lagi diperlakukan sebegitu pada hari kejadian malang tersebut.

Dia dalam pada itu turut meluahkan harapan agar kempen berkaitan hak-hak OKU dapat diperluaskan lagi supaya golongan istimewa ini tidak terus ditindas oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Traffic light aeon manjung
3 years ago

(VIDEO) “Dah Macam Game GTA” - Lelaki Dirakam Turun Kereta ‘Libas’ Orang Awam Pakai Senjata Tajam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...