(VIDEO) “Dah Macam Game GTA” – Lelaki Dirakam Turun Kereta ‘Libas’ Orang Awam Pakai Senjata Tajam

Kehidupan

(VIDEO) “Dah Macam Game GTA” – Lelaki Dirakam Turun Kereta ‘Libas’ Orang Awam Pakai Senjata Tajam

Semalam, sebuah video lagak ngeri seorang pemandu kereta jenis Proton Wira telah berjaya dirakam seorang pengguna jalan raya dan kemudiannya menjadi tular di media sosial Twitter.

Apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah apabila pemandu kereta Proton Wira itu dilihat tiba-tiba sahaja turun dari kenderaannya setelah berhenti di sebuah simpang dan kemudian secara spontan ‘melibas’ seorang penunggang basikal yang berhenti di perhentian lampu isyarat dengan menggunakan senjata dipercayai kayu atau besi panjang.

Advertisement

Aksi ngeri yang sempat dirakam itu ternyata telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan lelaki tersebut yang dianggap ganas dan merbahaya.

Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, insiden tersebut berlaku di lokasi berdekatan AEON Manjung, Ipoh, Perak.

Komen twitterSumber : Twitter  

Dalam pada itu, rata-rata warga maya meluahkan rasa risau dengan tindakan lelaki itu yang mungkin masih belum ditahan pihak berkuasa kerana masih tiada ‘update’ mengenai insiden tersebut sehingga setakat ini.

lembu
2 years ago

(VIDEO) "Macam Mana Boleh Lepas?" - Netizen Pelik Tengok Video Kemalangan Langgar Lembu Atas 'Highway'

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...