Michael Ang Sedar Kemampuan Diri, Sedia Terima Kritikan Untuk Single Sulungnya

Hiburan

Michael Ang Sedar Kemampuan Diri, Sedia Terima Kritikan Untuk Single Sulungnya

Penerbit, pengarah dan pelakon, Michael Ang sudah bersiap sedia untuk menerima kritikan peminat muzik tanah air apabila bakal melancarkan single sulungnya tidak lama lagi.

Michael ang
2 years ago

Tak Kisah Kena Kutuk Suara Tak Sedap, Michael Ang Cuba Nasib Nak Jadi Penyanyi

Advertisement

Menurut Michael, dia sedar kemampuan dirinya dan selepas ini akan memberi kritikan yang membina kepada penyanyi serta pemuzik lain memandangkan dia sendiri sudah melalui proses rakaman lagu.

Sebelum ini saya dah pernah cuba pelbagai kerja-kerja seni. Sekarang, saya nak cuba satu lagi cabang yang belum pernah saya cuba iaitu menyanyi.

Michael turut memberitahu yang dia mempunyai prinsip iaitu tidak memberi kritikan keterlaluan kepada mereka yang bekerja dalam bidang yang sama dengannya.

Tambah Michael, dia mengakui yang dia sering beri kritikan ‘pedas’ kepada penyanyi sebelum ini kerana dia tidak pernah menyanyi dan tidak tahu bagaimana prosesnya.

Namun, Michael memaklumkan yang dia kini akan mula berikan kritikan yang bernas dan membina kerana sudah tahu proses yang dilalui seorang penyanyi.

Michael Ang

Dalam pada itu, Michael juga tidak menafikan kekurangannya dalam nyanyian dan memaklumkan yang dia tone deaf serta hanya pandai komen sebagai pendengar sahaja.

Ada orang tawarkan dan mula-mula, saya tolak. Tapi, bila saya dengar lagu itu, rasa macam comel pula.

Ujar Michael lagi, dia kemudian setuju untuk cuba rakamkan namun memberitahu mereka supaya jangan meminta atau memaksanya nyanyikan secara langsung di atas pentas dan cukup hanya sekadar rakam lagu dan pemibikinan muzik video.

Sekadar info, lagu yang belum berjudul itu dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik, Idris manakala diterbitkan oleh penerbit muzik dan penyanyi, Hafiz Hamidun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...