Penerbit, pengarah dan pelakon, Michael Ang sudah bersiap sedia untuk menerima kritikan peminat muzik tanah air apabila bakal melancarkan single sulungnya tidak lama lagi.
Menurut Michael, dia sedar kemampuan dirinya dan selepas ini akan memberi kritikan yang membina kepada penyanyi serta pemuzik lain memandangkan dia sendiri sudah melalui proses rakaman lagu.
Sebelum ini saya dah pernah cuba pelbagai kerja-kerja seni. Sekarang, saya nak cuba satu lagi cabang yang belum pernah saya cuba iaitu menyanyi.
Michael turut memberitahu yang dia mempunyai prinsip iaitu tidak memberi kritikan keterlaluan kepada mereka yang bekerja dalam bidang yang sama dengannya.
Tambah Michael, dia mengakui yang dia sering beri kritikan ‘pedas’ kepada penyanyi sebelum ini kerana dia tidak pernah menyanyi dan tidak tahu bagaimana prosesnya.
Namun, Michael memaklumkan yang dia kini akan mula berikan kritikan yang bernas dan membina kerana sudah tahu proses yang dilalui seorang penyanyi.
Dalam pada itu, Michael juga tidak menafikan kekurangannya dalam nyanyian dan memaklumkan yang dia tone deaf serta hanya pandai komen sebagai pendengar sahaja.
Ada orang tawarkan dan mula-mula, saya tolak. Tapi, bila saya dengar lagu itu, rasa macam comel pula.
Ujar Michael lagi, dia kemudian setuju untuk cuba rakamkan namun memberitahu mereka supaya jangan meminta atau memaksanya nyanyikan secara langsung di atas pentas dan cukup hanya sekadar rakam lagu dan pemibikinan muzik video.
Sekadar info, lagu yang belum berjudul itu dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik, Idris manakala diterbitkan oleh penerbit muzik dan penyanyi, Hafiz Hamidun.