Pengarah drama terkenal, Michael Ang menerusi satu hantaran di Instagram dilihat telah meluahkan rasa berang apabila ada individu didakwa telah menyusahkan dirinya.
Dalam hantarannya itu, individu berkenaan dikatakan tidak melakukan kerja dengan betul meskipun sudah dibayar.
Gara-gara tertekan dengan situasi yang dialami, Michael Ang berkata dia terpaksa membuat hantaran sedemikian kerana ingin meluah perasaan marah.
Memang pet pet la manusia-manusia ni semua. Menyusahkan kerja orang. Dah di bayar tu buat la kerja betul betul. Bila orang maki menjawab!
Kalau jawab dengan berotak tak apa. Ni jawab macam sial lepastu complain pasal salah orang lain tapi diri sendiri bersalah lagi berkepuk.
Tidak menjelaskan lanjut tentang siapakah yang dimaksudkannya itu, Michael Ang hanya berdiam diri meskipun dia dikritik di ruangan komen.
Kata netizen, tidak perlu memaki di media sosial sebaliknya lebih elok jika berhadapan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi secara matang.
Dalam pada itu, ada juga yang memetik nama Lan pet pet gara-gara tulisan pengarah itu yang menyebut ‘pet pet’ di ‘posting’ Instagram berkenaan.
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.