August 25th, 2015

Semenjak drama Hati Perempuan ditayangkan beberapa bulan lepas, Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan sering di kaitkan sedang bercinta meskipun kedua-duanya pernah menjelaskan mereka tidak mempunyai hubungan istimewa. Baru-baru ini pula, pasangan yang menjadi kegilaan ramai ini khabarnya sudah berpisah apabila Mia bertindak untuk memadam semua foto beliau bersama Syarul di Instagram.

Enggan peminat terus berspekulasi, Mia menjelaskan beliau memadam foto tersebut kerana tidak mahu peminat terus terbawa-bawa dengan watak mereka dalam drama Hati Perempuan  dan foto yang dimuat naik oleh beliau sebelum ini hanya sekadar promosi untuk drama berkenaan.

Kebanyakkan gambar itu saya muat naik ketika drama kami sedang ditayangkan, kami cuma tolong promosikan sahaja, namun ia tidak bermakna saya tidak menghargai sokongan peminat terhadap cerita itu.

Saya nak keluar dari zon selesa dan tidak mahu peminat terus terbawa-bawa dengan cerita Hati Perempuan itu dan membuang imaginasi peminat yang terlalu terikat dengan watak Yuhanis dan Tengku Zaril.

Mia juga sekali lagi menegaskan, hubungan beliau dan Syarul hanya sekadar kawan biasa dan tidak mempunyai sebarang masalah jika mereka digandingkan sekali lagi dalam mana-mana drama selepas ini.

Hubungan saya dan Syarul hanya sekadar kawan biasa dan tidak lebih daripada itu, sehingga sekarang pun kami masih berkawan macam biasa.  Kalau kami diminta untuk digandingkan sekali lagi juga saya tiada masalah.

Biasalah tu kalau ada peminat yang terbawa-bawa dengan watak di dalam drama sampai dekat luar pun mereka harap untuk pelakon-pelakon tersebut bercinta. Harapnya lepas ini kipas susah mati Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan boleh terima kenyataan mereka sememangnya tidak bercinta.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...