Mi Goreng Boleh Dikira Dengan Jari, Netizen Kritik Program RMT Sebuah Sekolah Di Pahang

Kehidupan

Mi Goreng Boleh Dikira Dengan Jari, Netizen Kritik Program RMT Sebuah Sekolah Di Pahang

Tular di media sosial Twitter hari ini apabila seorang individu mendedahkan mengenai program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk para pelajar yang dilihat tidak munasabah.

Dalam perkongsian itu, individu berkenaan mendakwa menu makanan program RMT itu merupakan hidangan untuk sebuah sekolah rendah yang bertempat di Pahang.

Advertisement

Dia juga memuat naik foto yang memaparkan bekas makanan yang hanya diisi mi goreng dalam kuantiti yang sedikit.

Mengandaikan ‘portion’ mi goreng itu adalah disebabkan oleh harga kenaikan barang, netizen yang melihat hantaran tersebut meluahkan rasa berang dan tidak puas hati.

Individu itu juga berkata bahawa pihak pentadbiran sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah juga telah memberi amaran kepada pengusaha kantin tersebut namun tiada apa yang berubah.

Jelas netizen, kadar RMT untuk Semenanjung adalah sebanyak RM2.50 bagi setiap hidangan manakala Sabah, Sarawak dan Labuan adalah sebanyak RM3.00 seorang.

TwitterSumber : Twitter  

Ia sekaligus menimbulkan andaian bahawa pihak pengusaha kantin sekolah berkenaan tidak jujur dan masalah itu patut ditangani dengan segera.

2 years ago

"MB Paling Bongkak Di Malaysia" - Kenyataan MB Kedah Tentang Bina Semula Rumah Mangsa Banjir Dikritik Rakyat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...