“MB Paling Bongkak Di Malaysia” – Kenyataan MB Kedah Tentang Bina Semula Rumah Mangsa Banjir Dikritik Rakyat

Kehidupan

“MB Paling Bongkak Di Malaysia” – Kenyataan MB Kedah Tentang Bina Semula Rumah Mangsa Banjir Dikritik Rakyat

Banjir di Kampung Iboi, Baling, Kedah baru-baru ini telah memusnahkan 15 buah rumah yang dihanyutkan arus selain turut menyebabkan jalan raya rosak teruk.

Bagaimanapun, mereka yang kehilangan rumah ini dikhabarkan perlu bersabar kerana pembinaan semula akan mengambil masa kerana kebanyakan rumah didirikan atas tanah rizab di pinggir Sungai Iboi.

Advertisement

Jelas Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, keadaan itu menyebabkan sedikit masalah kerana kerajaan hanya boleh membantu membina semula rumah di kawasan tanah bergeran.

Kalau mereka ada tanah milik di tempat lain, lebih mudah untuk kerajaan bantu bina rumah. Jika tidak, kena cari tapak dahulu dan proses itu mungkin agak lambat. Kalau bantuan kerajaan, memang perlu ada geran dan tanah bermilik tetapi kalau tidak ada, kita akan usahakan sama-sama.”

Kenyataan Sanusi itu bagaimanapun menimbulkan rasa marah sesetengah rakyat di media sosial kerana dianggap tiada hati dan perasaan terhadap rakyat sendiri.

Menerusi Twitter dan Facebook, rata-ratanya mengkritiknya kerana tidak boleh membantu rakyat dalam keadaan yang sangat memerlukan selepas dilanda bencana.

Segelintir dilihat mengungkit tentang aktiviti tarah bukit yang berlaku di sana dan berkata ia merupakan antara punca banjir menjadi lebih teruk.

Selain itu, ada yang mencadangkan agar kerajaan negeri berkenaan membuat kawasan perumahan baru yang selamat untuk mangsa-mangsa banjir di Kedah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"Sebak..."- Mayat Wanita Hamil 4 Bulan Dan Ibu Mentua Ditemui Berpelukan Bawah Timbunan Pokok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

7 Comments

  1. Syukur

    July 7, 2022 at 6:05 pm

    Kerajaan negeri sewakan rumah selama 6 bulan kan untuk mangsa banjir?

  2. anonymous

    July 7, 2022 at 3:50 pm

    MB ni bagus berani kerana benar tak kira kau vvip ka raja ka dia berani tegur .keep it up

  3. Kokok

    July 7, 2022 at 3:42 pm

    Tanah haram jela yg mampu org kite ni. Org Indonesia, Myanmar, Bangla pun mampu beli aset. Ckp sikit je mule la sentimen. Bodoh

    • Peaaahhhh

      July 7, 2022 at 8:28 pm

      Ni mesti duduk tanah takdak geran ni. #pbt sila siasat

  4. Peaaahhh

    July 7, 2022 at 3:12 pm

    Tiada geran??? Tu mesti indon, bangla atau myanmar asal usulnya tu. Xpyah tlg pn..

  5. anonymous

    July 7, 2022 at 1:22 pm

    betul la tu apa yg dia cakap

    • brunes

      July 7, 2022 at 3:18 pm

      kann aku pun fikir benda sama, mcmana nak sugarcoat lagi barang macam ni har

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...