“Mesra Hanya Di Media Sosial, Saya Tak Rasa Itu Ikhlas” – Shila Amzah Akui Lebih Selesa Dengan Keluarga Ubai Berbanding Keluarga Sendiri

Hiburan

“Mesra Hanya Di Media Sosial, Saya Tak Rasa Itu Ikhlas” – Shila Amzah Akui Lebih Selesa Dengan Keluarga Ubai Berbanding Keluarga Sendiri

Menerusi siaran langsung TikTok, penyanyi Shila meluahkan rasa di hati berkenaan konflik yang dihadapinya beberapa hari kebelakangan ini bersama adik beradik, Shafiq dan Syada.

Shila juga sempat memaklumkan bahawa dia lebih suka dirinya digelar Shahila dan bukannya Shila serta gelaran Sha.

Advertisement

Saya tidak pernah suka orang panggil saya Shila. Saya memang tidak suka. Saya suka nama sebenar saya, Shahila. Saya sepatutnya menggunakannya (nama Shahila). Saya gelar diri saya Sha. Saya suka dipanggil Sha.

Penyanyi lagu Patah Seribu itu juga berkata bahawa kemesraan yang ditunjukkan di media sosial bersama ahli keluarganya sebelum ini hanyalah palsu dan untuk tatapan peminat sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Orang selalu ingat yang keluarga saya ini sering bersama. Itu hanya di media sosial, saya tidak pernah rasa benda ini semua ikhlas pun.

Dalam pada itu, penyanyi itu memaklumkan bahawa dia lebih selesa bersama keluarga suaminya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai.

Shila berkata dia sangat terkesan ketika pemergian ibu Ubai pada hujung Julai lalu.

Sebab itu saya terkesan bila arwah mak Ubai meninggal. Kalau mak Ubai ada, mesti dia akan nasihat Sha.

Sekadar info, Shila dan Ubai telah sah bergelar suami isteri pada 5 Ogos lalu di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di abawah.

Shila amzah
1 year ago

"Saya Dah Sampai Limit.." - Shila Amzah Dah Tak Tahan, Dakwa Dia Pernah Dilempang Adik, 'Sponsor' Majlis Kahwin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...