“Saya Dah Sampai Limit..” – Shila Amzah Dah Tak Tahan, Dakwa Dia Pernah Dilempang Adik, ‘Sponsor’ Majlis Kahwin

Hiburan

“Saya Dah Sampai Limit..” – Shila Amzah Dah Tak Tahan, Dakwa Dia Pernah Dilempang Adik, ‘Sponsor’ Majlis Kahwin

Penyanyi Shila Amzah menerusi satu live Instagram di media sosial miliknya akhirnya bersuara mengenai kemelut yang dihadapi bersama adik beradiknya yang lain.

Sebelum ini, adik lelaki Shila, Amir Syafiq mendakwa kakaknya itu cuba menjual rumah banglo yang didiami keluarga mereka pada ketika ini semata-mata untuk mendapatkan duit.

Advertisement

Malah, adik perempuannya, Syada juga mendakwa keluarganya dilayan seperti ‘haiwan luar’ gara-gara ada yang ‘menjenguk’ rumah mereka bagi urusan jual beli.

Ujar Shila, dia sudah tidak mampu lagi menahan tohmahan demi tohmahan yang diterima daripada adik beradiknya sendiri.

Dia punya tangan tu (merujuk kepada Syafiq) pernah sepak (lempang) kita. Dia nak cakap dia power sangat. I dont know, dia sejenis paling acah, paling tersakiti.

Ya Allah, hutang dia, dia kahwin pun Sha yang bayar. Tanya dia, dah bayar belum nafkah anak dia?

Katanya lagi, dia memilih untuk bercerita mengenai perihal itu kepada umum kerana emosinya sudah dicabar dan tak mampu dibendung lagi.

@arifeddy

Semoga Shila Amzah diberi kekuatan menghadapi dugaan sekarang. Ubai ada for you Sha! #ShilaAmzah #SyadaAmzah #Ubai #JualRumah

? original sound – Arif Eddy – Arif Eddy

Sha dah sampai limit dah ni. Sha cerita balik semua ni sebab nak orang faham.

I dah jadi mental, benar-benar mental hari ini. Sha punya sakit perih, siapa pun tak peduli.

Terdahulu, Syafiq mendakwa Shila sebagai anak yang berlaku biadap dengan ibunya, Fauziah dan sering berpura-pura.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shila amzah
10 months ago

Shila Amzah Nafi Halau Keluarga, Dedah Sebab Sebenar Jual Rumah - "Saya Nak Beli Kediaman Yang Lebih Baik, Saya Pikul Tanggungjawab"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...