Meskipun Dah Makin ‘Berkarat’, Ucapan Deepavali Raja Ilya Buat Peminat Kagum

Hiburan

Meskipun Dah Makin ‘Berkarat’, Ucapan Deepavali Raja Ilya Buat Peminat Kagum

Pelakon jelita yang kini menetap di luar negara, Raja Ilya ada memberi ucapan istimewa sempena sambutan hari Deepavali khas buat peminatnya di Malaysia.

Raja Ilya
3 years ago

Raja Ilya Hairan, Pelakon Antarabangsa Pun Tak Perlu 1 Juta Pengikut Media Sosial

Advertisement

Ucapan tersebut dibuat Raja Ilya menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan netizen.

Mencuri perhatian ramai, Raja Ilya yang cantik mengenakan pakaian tradisional kaum India iaitu Sari mengucapkan ucapan selamat tersebut dalam bahasa Tamil dengan cukup baik.

Walau bagaimanapun di hujung video ucapannya itu, pelakon drama Dia Bidadariku ini berkata bahasa Tamil yang dituturnya itu sudah ‘berkarat’.

“Bahasa Tamil dan sari dah karat. Lama tak cakap.” katanya ringkas.

Dia yang kini berada di Perth, Australia bersama-sama suami tersayang sempat memberikan sedikit ucapan di mana dia berharap mereka yang menyambut perayaan itu agar bergembira dengan keluarga masing-masing.

Saya harap segala makanan seperti muruku, vade dan kuih dapat simpan sedikit untuk saya dan apabila saya balik ke Malaysia, dapat bawanya ke sini dan makan.

Sekadar info, Raja Ilya telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan, Trent Garrett pada 23 Disember 2018 yang lalu di Perth, Australia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...