Meski Masih ‘Kunci Mulut’ Soal Kehamilan, ‘Baby Bump’ Neelofa Makin Jelas

Hiburan

Meski Masih ‘Kunci Mulut’ Soal Kehamilan, ‘Baby Bump’ Neelofa Makin Jelas

Walaupun masih tidak mengesahkan berita kehamilannya, namun ‘baby bump’ selebriti dan usahawan popular, Neelofa semakin jelas kelihatan.

Neelofa
2 years ago

Neelofa Akui Lebih Selesa 'Kunci Mulut' Soal Kehamilan

Advertisement

Meskipun berita kehamilannya hangat diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini, namun Neelofa masih mengambil pendekatan untuk ‘mengunci mulut’ mengenai perkara itu.

Menerusi hantaran Instagram, adiknya yang juga personaliti media sosial, Ameera Khan memuat naik beberapa gambar Neelofa yang mencuri perhatian netizen selepas kelihatan jelas ‘baby bump’ sewaktu menghadiri majlis sebuah jenama fesyen antarabangsa terkenal, Dior, semalam.

Bekas pengacara rancangan MeleTOP itu juga telah menerima pelbagai reaksi netizen setelah memuat naik gambar di majlis yang sama.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selain mendoakan yang terbaik buat usahawan terkenal itu.

“Semakin berseri-seri lah bakal Mommy ini,” komen seorang individu pengguna Instagram.

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan Lofa,” komen seorang lagi peminat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...