Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mereka Yang Fitnah Saya Kaki Bomoh Sudah Mohon Maaf – Zur Eda

Ketika menyertai program Gegar Vaganza 3, penyanyi Zur Eda menerima pelbagai kritikan dan kecaman yang agak dasyat. Mereka mengkritik penampilan Zur Eda sama seperti “mak lampir” ketika tampil dengan rambut mengerbang pada minggu ke 5 GV3 dan ada juga yang menabur fitnah kononnya beliau menggunakan khimat bomoh untuk menjuarai pertandingan berkenaan.

Advertisement

Tidak dinafikan, apa yang berlaku adalah dugaan yang agak berat buatnya tetapi berkat kesabaran beliau selama ini, ada sesetengah pihak yang mengkritik beliau sudah pun memohon maaf.

Semasa GV saya dikecam, dikutuk dan difitnah. Wajah saya ditularkan sebelum disunting. Ada di antaranya rasa bersalah dengan saya, mesej saya sendiri meminta maaf kerana sudah mengaibkan Zur Eda di media sosial. Mereka minta ampun. Mahu saya ampunkan dosa mereka. Itulah hikmah di sebalik kesabaran saya, saya tidak jawab, saya cuma cakap alhamdulillah.

Tambah Zur Eda,  berkat bersabar juga membuatkan peminat beliau semakin bertambah dan golongan muda mula mengenali siapa Zur Eda.

Saya bersyukur ada netizen dan pengecam kerana sedikit sebanyak menaikkan nama Zur Eda kembali walaupun ia secara negatif. Bila saya periksa siapa mereka ini, budak muda rupanya.

Kata orang kalau kita tidak bersalah lebih baik untuk tidak cepat melatah, lama-lama orang akan tahu juga diri kita yang sebenar. Apa yang penting terus bersabar.

Advertisement

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Kredit Foto : sharpshooter_photographer

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top