Kekal sehingga peringkat suku akhir dalam rancangan Gegar Vaganza 3, ada beberapa pihak menabur fitnah kononnya penyanyi Zur Eda menggunakan khidmat bomoh untuk menjatuhkan peserta lain.
Zur Eda akui beliau sedar dengan segala tomahan yang dilemparkan kepada dirinya dan merasa terkilan difitnah begitu teruk sekali sehingga ia menjejaskan maruah keluarganya.
Fitnah itu membuatkan saya sangat sedih sangat kerana ini membabitkan maruah keluarga juga. Sebelum ini macam-macam komen yang diberikan kepada saya terutamanya dari segi penampilan.
Saya tidak boleh halang pendapat dan kata-kata mereka. Tetapi apabila ada pihak yang menuduh saya menggunakan bomoh, ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya. Tuduhan itu sangat keterlaluan dan sangat keji.
Menurut Zur Eda, ada pihak yang mencetuskan fitnah itu kerana terlalu taksub dengan artis pujaan mereka dan menilai penampilannya dengan gaya rambut serabai ala-ala ‘mak lampir’.
Bagi saya, begitulah keadaannya apabila mereka terlalu taksub sampai sanggup membuat fitnah. Hanya kerana penampilan luaran saya, mereka memberikan fitnah seperti itu.
Sedikit sebanyak apa yang berlaku ini membuatkan saya tidak mampu untuk fokus dengan apa yang saya lakukan sekarang. Pernah juga rasa untuk putus asa tetapi saya nasihatkan diri sendiri untuk kuat dan tabah.
Tidak dinafikan hal bomoh ini memang wujud dalam masyarakat kita, sebab itu timbul tuduhan tidak berasas mengatakan Zur Eda menggunakan khidmat bomoh. Namun, bukan semua orang yang begitu keji untuk melakukan perkara tersebut demi mendapatkan apa yang mereka mahu.
Ni lah dia melayu lain tak de…. bomoh bomoh nonsence la…kalau ada bakat bomoh tak main la…
Harap produser GV ambil perhatian. Pesal Nora boleh pilih2 lagu. Ahad nanti dpt lagu sendiri? Politik tahi apa kah ini? Adakah sebab suami dia produser? Kalau mcm ni..lama kelamaan org boikot. Berlaku adil please.
alah senang je sihir ni. korang pergi tabur garam dan lada hitam dekat peserta2 tu semua. kalau dia memakai..ada sihir, dia akan menggelupur sebelum naik stage. cubalah.
bila masa pulakla nk pg menabur garam n lada hitam kt artis2 tu…
jgn lupa add in sos kicap kipas udang dan olive oil. Gaul terus, sedap masak sedap. Nyam.
Setuju. Siti Sarah dengan Zarul pun sama tukar lagu pilihan media. Podah 3 artis ni. Bajet star.
kak zur eda..peduli kan. akak sporting…terima dgn hati terbuka. bukan mcm retis pom pom sekor tu. konon kena ilmu hitam lah, sentap lah, nak keluar lah…pastu nk masuk balik lah. sinetron sangat.
Sape yg muka mcm mak lampir..tgok muka peserta tu mcm takut je..lepas sorg2 kena..siti sarah..elly mazlein..ameng lupa lirik..baru2 ni zarul umbrella sakit perut tiba2..doktor x tau apa punca..kepada peserta lain jgn takut..truskan ikhlas menyanyi..nk menang guna sihir..jin..tak lama mana pun
Isu sihir ni bukan perkara baru dalam pertandingan tv.
Dulu masa Maharajalawak Mega pun kecoh sihir menyihir ni.
Maaf cakap…. tp pertandingan yang melibatkan ramai “melayu” selalu dikaitkan ngan sihir sbb melayu ni hasad dengki dia mmg tahap mengagumkan dan menakjubkan berbanding bangsa lain.
Bkn nak kondem melayu sbb aku pun melayu/islam tp mentaliti sebahagian besar kita…. bila nak berubah.
ok… bukan x pcaya pasal benda2 gini. cuma klu betullah ade yg main bomoh, agak2 nye sape..? zur eda..? terkeluar gak.. gmie..? almost terkeluar. azharina..? x top3 pun.. sape?macamla dpt berjuta klu menang gv ni siap nk berbomoh bagai. si nana yg menang gv2 tu pun, xdela sefamous mana pun….
Kejap lagi ko tunggu lah si lina pompom tu akan keluarkan statement “saya tak pernah bomohkan sesiapa” not because shes guilty, but because nak meraih publisiti.. anyway nur eda tak payah nak pikir banyak your voice speaks for itself :)
kalau dia tak keluar statement tu awak dikira cubaan menfitnoh ni. huhuhu
yg aku tengok paling berdrama..si elly …kini nora. gedik sangat.
Kak Zur Eda, sabarlah dengan dugaan ni. Kadang-kadang mulut manusia ni boleh menjadi sangat kejam, tak ingat dosa pahala yang diperkata. Anyway, you have done your best and you are still truly one of the best!
dasar tiada amal agama dalam kehidupan, tu pasal hati pun ikut busuk tingal bagi anjing makan je…. kunci dia sabar and fikir Allah kuasa makluk tiada kuasa lailahaillaula….. haaaaaa….haaaa terbaik.
GV kali ini banyak sangat DRAAAAMAAAA….. BORING
Org yg main2 dgn sihir n hantu setan ni mmg bacul la. Bnda ni xleh nak tau org tu pki sihir ke tak sb xda bukti n org xnmpk. Ayah aku kena sihir n siap jupe satu doll manusia org ni tanam kat dlm longkang umah. Menurut ustaz ni manusia setan ni buat pemujaan setiap bulan tanpa miss! Patula ayah aku pergi hospital smpi buat ct brain tp doktor xdpt detect apa2, doktor ni ckp minor stroke, doktor ni plak ckp minor parkinson, last2 ayah aku terpikir nk berubat ngan ustaz ni jugak. Ustaz ni ckp sihir ni membuatkan penyakit minor kita akan melarat jadik penyakit kronik klu lama tak berubat. Salah satu tmpt yg ayah aku kena masa kenduri kawen, ayah aku plak mmg aktif ngan aktiviti kg kitorang n calon utama utk jadik ketua kg. Mungkin sb tu sbb org iri hati dgn ayah aku. Aku just mintak pembaca beautiful nara doakan manusia bertopengkan setan iblis ni cpt2 surrender n terima balasan dia. Risau kitorg sb ustaz ni ckp dia xbrapa kuat nk melawan sihir org ni. Mmg ramai dlm dunia ni pki sihir, saka, susuk, mohon meninggal la org2 mcm ni.
Allahuakbar… berdoalah kepada Allah …
Aku rasa semacam tidak betul bila para peserta mengucapkan Alhamdulillah Syukur…terutama peserta perempuan. Dahla dengan tarian dangdut nmpak segala bentuk badan yang sengaja digoyangkan kemudian menyebut Alhamdulillah kerana berjaya membuat persembahan tersebut. Begitu juga dengan pengkritik.. Fahami maksud Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah..
mentang2 zur eda muke mcm nenek kebayan ahli sihir..korg tuduh dia mcm tu plak..kejam gile sape yg fitnah camtu kt dia
Saya cuma nak cakap, makcik boleh dah duduk rumah buat benda berfaedah sikit makcik….. Nak panggil nenek kesian pulak. Hmmmm