“Mereka Yang Banyak Tonton Dan Berimaginasi” – Baby Shima Tak Kisah Dikecam ‘Ghairah’ Bergelek

Hiburan

“Mereka Yang Banyak Tonton Dan Berimaginasi” – Baby Shima Tak Kisah Dikecam ‘Ghairah’ Bergelek

Aksi usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama Baby Shima dalam video ‘teaser’ lagu dangdut mereka mengundang kecaman ramai orang.

Apatah lagi Aliff sudah beristeri dan Baby Shima pula bergelek di sisinya itu membuatkan netizen mengkritik aksi kurang manis mereka.

Advertisement

Baby Shima atau Nor Ashima Ramli bagaimanapun menerima komen-komen negatif tersebut kerana sudah terbiasa dengan kecaman sebegitu.

Katanya, lagu Baby Sayang itu adalah tentang pasangan yang sedang angau bercinta yang berharap hubungan dijalin itu kekal selamanya.

Meksipun ada yang menggelarnya pelakon lucah, dia berkata menyanyi sambil bergelek itu merupakan perkara biasa untuk penyanyi dangdut.

Komen netizen ini saya tak ambil kisah. Saya tak boleh kawal orang nak cakap apa, mungkin mereka yang banyak menonton (cerita tidak bermoral) dan berimaginasi.”

Sementara itu, ada yang menuduhnya sengaja memilih Aliff Syukri untuk menjadi rakan duet dalam ‘single’ terbaru demi menjadi trending di media sosial.

Menjawab tuduhan itu, Baby Shima berkata kerjasama mereka berdua tidak dirancang sama sekali dan dia hanya tahu tentang rakan duetnya pada hari rakaman dibuat.

Malah menurutnya mereka saling bersikap profesional kerana masing-masing sudah memaafkan selepas berlaku perselisihan faham kira-kira setahun lalu di Jakarta.

Aliff Syukri dan Baby Shima dikecam
2 years ago

"Macam Pelakon Lucah!" - Menari 'Ghairah' Bersama, Aliff Syukri Dan Baby Shima Teruk Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...