“Mereka Tergesa-Gesa Keluar” – Lepas Video Viral, Rumah Keluarga ‘Pengkid’ Pakai Ihram Kosong

Berita

“Mereka Tergesa-Gesa Keluar” – Lepas Video Viral, Rumah Keluarga ‘Pengkid’ Pakai Ihram Kosong

Sedia maklum, baru-baru ini tular satu kisah mengenai seorang ‘pengkid’ memakai ihram ketika melakukan Umrah di Tanah Suci dan hal itu telah mendatangkan kemarahan orang ramai.

Difahamkan daripada seorang jirannya, kini rumah ibu bapa wanita yang menyerupai lelaki itu sunyi sejak kes anak mereka menjadi tular di platform media sosial.

Advertisement

Jirannya juga menyifatkan wanita terbabit sememangnya mementingkan diri dan tidak memikirkan langsung tentang perasaan ahli keluarga yang tinggal di Gelong Penyu, Bota.

rumah pengkid pakai ihram kosong

Memetik laporan Utusan Malaysia, jirannya itu hanya melihat keluarga wanita terbabit hanya pulang untuk sementara waktu saja sebelum tergesa-gesa keluar dari rumah terbabit.

Dalam pada itu, dia juga memberitahu wanita yang memakai ihram itu memang sudah berpewatakan seperti lelaki sejak kecil dan selalu pakai seluar serta baju-T.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial ada berkongsikan video berdurasi 17 saat memaparkan seorang wanita memakai ihram ketika dirinya sedang tawaf depan Kaabah dalam Masjidil Haram di Mekah.

2 years ago

"Kau Tak Pernah Insaf, Main-Main Dengan Hukum Allah" - Tular Di Twitter, 'Pengkid' Didakwa Tunai Umrah Pakai Ihram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...