“Kau Tak Pernah Insaf, Main-Main Dengan Hukum Allah” – Tular Di Twitter, ‘Pengkid’ Didakwa Tunai Umrah Pakai Ihram

Trending

“Kau Tak Pernah Insaf, Main-Main Dengan Hukum Allah” – Tular Di Twitter, ‘Pengkid’ Didakwa Tunai Umrah Pakai Ihram

Seorang wanita membuat pendedahan mengejutkan apabila dia mendakwa seorang ‘pengkid’ telah pergi ke umrah dengan memakai ihram.

Menurut wanita bernama Aliya ini, ‘pengkid’ yang juga bekas kekasihnya itu telah mengerjakan umrah sebagai seorang lelaki.

Advertisement

Menerusi Twitter, dia menceritakan tentang hal itu dan berkata ‘pengkid’ tersebut telah buat banyak onar termasuklah melanggar hukum agama Islam.

Bukan itu sahaja, Aliya turut mendedahkan nama sebenar ‘pengkid’ itu dan turur berharap isu ini menjadi tular sehingga dia akan ditahan pihak berkuasa.

Berani eh. Sesak nafas rasa. Aku harap kau bertaubat la Nur Sya*****. Berapa ramai lelaki batal wuduk.”

Dalam pada itu, Aliya juga turut mendedahkan bahawa sebelum ini ‘pengkid’ tersebut pernah mengajaknya untuk berkahwin.

Jelasnya lagi, dia berani berbuat sebegini kerana mempunyai bukti kukuh bahawa ‘pengkid’ itu adalah wanita berdasarkan kad pengenalan dan lesen memandu miliknya.

Perkongsian Aliya meraih perhatian ramai netizen di Twitter kerana bukan hanya mengaku sebagai lelaki tulen tetapi juga dia turut mempersendakan hukum Allah dengan menunaikan umrah memakai ihram.

Ramai turut mempersoalkan bagaimana perkara begini boleh berlaku dan adakah pihak berwajib tidak periksa jantina seseorang itu sebelum mereka menunaikan umrah.

Sebelum ini, perkongsian Aliya pernah tular tentang pendedahan di mana dia telah ditipu seorang wanita berperwatakan seperti lelaki yang mengaku dirinya lelaki tulen serta beberapa penipuan lain.

bercinta dengan lelaki jadian
4 bulan lalu

"Ingat Rocky, Rupanya Rokiah!" - Wanita Ini Kongsi Cerita Bercinta Dengan 'Lelaki Jadian' Bikin Netizen Terhibur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. anonymous

    August 14, 2022 at 8:38 am

    bla bla bla bla bla

  2. Anonymous

    August 12, 2022 at 9:29 pm

    Yang pasti…Allah Maha Segalanya..mati itu pasti..syurga neraka itu benar…

  3. anonymous

    August 12, 2022 at 5:57 pm

    tak der makna nye nak kena panah petir lumpuh bagai…engkau tu ingat ko sorang je suci leh pegi umrah welll LGBTQ pun hamba Allah jugak samdol kalau dah sampai tu maknanya niat dia si hamba allah itu ikhlas ,dah beribu dah lgbtq dari seluruh dunia dah sampai tanah haram ni,saudi arabia tak ckp apa pun kau tu pulak emosi apasal

    • Anonymous

      August 13, 2022 at 8:47 pm

      Maaf. Salah tetap salah. Being LGBTQ pun memang dah salah – melanggar hukum Allah. Ini lagi kan pergi umrah berpakaian songsang. Jelas salah. Niat tidak menghalalkan cara. Kalau memamg ikhlas, dan pergi mengikut landas agama i.e. wanita berpakaian seperti wanita, lelaki seperti lelaki, itu takde masalah. Tapi yang nie jelas salah. Kalau kita sebagai umat islam tak tegur, maka terus terang kita sama berdosa sebab consider subahat. Jangan liberal islam, peganglah pada Al-Quran dan hadis.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...