“Ingat Rocky, Rupanya Rokiah!” – Wanita Ini Kongsi Cerita Bercinta Dengan ‘Lelaki Jadian’ Bikin Netizen Terhibur

Kehidupan

“Ingat Rocky, Rupanya Rokiah!” – Wanita Ini Kongsi Cerita Bercinta Dengan ‘Lelaki Jadian’ Bikin Netizen Terhibur

Setiap pasangan yang bercinta pastinya ingin berkekalan sehingga ke jinjang pelamin namun urusan jodoh pertemuan itu terletak di tangan Tuhan.

Seperti satu perkongsian @aliabangs2 ini di TikTok, dia ada berkongsi pengalamannya menjalin hubungan cinta dengan seorang individu yang mengaku dirinya lelaki tetapi sebenarnya wanita.

Advertisement

Kata Alia, kisah mereka bermula apabila dia berkenalan dan berhubungan rapat dengan seorang ‘lelaki’ yang juga pengikut TikToknya.

Mereka berdua juga sering melakukan panggilan video pada setiap malam namun bentuk tubuh badannya yang seperti lelaki serta bersuara kasar membuatkan Alia tidak berasa curiga.

Sehinggalah pada suatu hari, kawan Alia memaklumkan bahawa teman lelakinya itu sebenarnya seorang wanita, malah mengaku sedang menetap di Arab Saudi dan bekerja sebagai doktor.

TikTok

Alia kemudian menerima maklumat daripada wanita-wanita lain yang turut menjadi mangsa penipuan ‘lelaki jadian’ berkenaan.

Selain itu, setelah diselidik, Alia juga mendapati bahawa individu itu telah membuat pemalsuan dokumen termasuklah lesen kedoktoran dan juga identiti diri.

Dia kini sedang dalam proses untuk membuat laporan polis bagi mengelakkan wanita-wanita di luar sana tertipu dengan ‘lelaki jadian’ itu.

nafkah 50
5 bulan lalu

“RM50 Nak Beli Apa?”- Suami Dah Bosan Isteri Tak Pandai Melawa, Siap Nak Kahwin Lagi Satu Undang Kecaman Netizen

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...