Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah mendedahkan pesakit kanak-kanak kini dilaporkan mula memenuhi wad unit rawatan rapi (ICU) di hospital susulan peningkatan kemasukan kes Covid-19 melibatkan golongan berkenaan.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman TikTok miliknya, Dr. Rafidah Abdullah berkata, wad ICU dewasa di hospitalnya bekerja mula dipenuhi pesakit kanak-kanak dengan rata-rata mereka memerlukan bantuan oksigen.
Menurutnya lagi, statistik jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak terus melonjak dengan angkanya meningkat melebihi 160 peratus setakat ini.
Ya Allah, sedihnya lihat mereka ini terbaring memerlukan oksigen. Cepat dapatkan vaksin Covid-19 untuk anak-anak, tolonglah. Kami tak sanggup dengan apa yang kami lihat sekarang.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan memaklumkan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICKids) adalah secara sukarela.
@rafidah72 Please ibubapa. Cepatlah bawa anak2 untuk vaksin sebelum mereka dijangkiti COVID19. #TikTokGuru #JomBelajar #LearnOnTikTok #lindungidirilindungikeluarga #elakkomplikasicovid19
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ibu bapa atau penjaga perlu memberi kebenaran bertulis bagi melayakkan anak mereka mendapat vaksinasi Covid-19.
Vaksin Covid-19 kanak-kanak akan diberikan secara percuma kepada semua kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira status mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.