“Nak Patah Kaki Beratur, Sekali Kena ‘Scam’!” – Lelaki Menyesal Beli Air ‘Viral’

Kehidupan

“Nak Patah Kaki Beratur, Sekali Kena ‘Scam’!” – Lelaki Menyesal Beli Air ‘Viral’

Zaman sekarang ini, kalau dengar perkataan ‘viral’ untuk sesebuah kedai pasti akan beratur untuk membelinya dan lebih mengejutkan, ramai sanggup beratur berjam-jam semata untuk cuba makanan atau minuman yang jadi bualan ramai itu.

Sama seperti situasi seorang lelaki di TikTok ini dimana beliau difahamkan singgah di sebuah premis tepi jalan yang ‘viral’ dan memaparkan ramai sedang beratur untuk membeli minuman disitu.

Advertisement

Boleh pula ketika dia singgah untuk membeli itu, orang ramai sedang menikmati cuti panjang sempena Hari Raya Cina, jadi sememangnya dipenuhi dengan pelancong.

Walau bagaimanapun, lelaki terbabit merasakan penat lelahnya beratur berjam-jam di bawah matahari yang panas sia-sia kerana minuman viral itu didakwa indah khabar dari rupa.

Sememangnya dia meletak harapan yang tinggi pada air yang digelar ‘ais tingkap’ di Pulau Pinang itu, akan tetapi melihat dari bekas air minuman berisi air merah terbabit, dia mendakwa air tersebut saling tak tumpah seperti air sirap selasih saja.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut meluahkan perasaan yang lebih kurang sama dengan lelaki terbabit dan rupanya penduduk di Pulau Pinang juga ada yang tidak pernah merasa air tersebut biarpun duduk di kawasan kejiranan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Nak Memondan Hari Hari Pun Mereka Tak Kacau" - 'Show Off' Bayar Cukai, Sajat 'Happy' Disayangi Di Australia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...