Terbaru, isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali mendedahkan dirinya sudah tidak berhubung dengan anak-anak hampir sebulan lebih.
Safee bawa lari anak-anak
Wanita yang bernama Fitria Elfina Maharip mendakwa Safee telah membawa lari anak-anak kandungnya iaitu Shanika Salsabila, 9 dan Shania Safina, 7 sejak 6 Februari yang lalu.
Sekarang saya sedang failkan hak penjagaan anak (hadhanah). Saya tidak tahu keberadaan anak saya. Sekarang anak-anak bersama Safee.
View this post on Instagram
Anak hantar surat
Kata Fitria, tuntutan hak penjagaan anak dibuat olehnya kerana selama ini dia yang menjaga anak-anak sepenuhnya dan ini merupakan kali pertama mereka berpisah hampir sebulan lebih.
Bahkan wanita itu berkata anak perempuannya ada menghantar sepucuk surat meluahkan rasa rindu pada 28 Februari yang lalu.
Dalam surat itu juga anak-anak saya kata, di sana (bersama Safee) mereka tak selesa kerana katanya orang marah.
Sekadar info, Safee Sali dan Fitria mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan itu.