“Awak Tak Payah Buat Tahu, Kena Kencing!” – Individu Simpati Dengan Aidil Zafuan, Rita Rudaini Bidas Netizen Senang Terpedaya

Hiburan

“Awak Tak Payah Buat Tahu, Kena Kencing!” – Individu Simpati Dengan Aidil Zafuan, Rita Rudaini Bidas Netizen Senang Terpedaya

Untuk kesekian kalinya, pelakon Rita Rudaini membidas sesetengah pihak yang tak berhenti meminta dia untuk membawa kedua anak lelakinya untuk berjumpa dengan bekas suaminya iaitu Aidil Zafuan.

Hanya meraih simpati

Menurut kata Rita, bapa kepada anak-anaknya dan pemain bola sepak terkenal, Aidil, hanya menyebut nama anak-anaknya dalam live baru-baru ini untuk meraih simpati daripada orang ramai.

Advertisement

Katanya, jika benar Aidil itu peduli dan mengambil berat tentang kedua puteranya, sudah lama dia menjenguk mereka.

Awak tak payah nak buat tahu sangat. Kena kencing! Hancinglah. Setakat sebut nama saya pun boleh sebuh nama anak Renaldo ke anak Beckham!

 

Nak berlakon apa dengan orang, awak bukan buta kot. Aku yang bela sorang-sorang dari kecil.

 

Mereka sakit satu Malaysia tahu, kenapa (dia) tak tanya khabar? Awak cakap senang. Tak ada tindakan, berlakon dalam live.

igSumber : Instagram  

Tak sensitif langsung

Bukan itu sahaja, aktres ini turut menyatakan rasa marah apabila ada yang menunjukkan simpati kepada bekas suaminya itu kerana sudah lama tidak berjumpa dengan anak-anaknya. Namun untuk Rita, sepatutnya dia yang harus dikasihani kerana membesarkan kedua anaknya seorang diri sejak mereka masih kecil lagi.

Aku yang lahirkan anak-anak aku. Aku yang besarkan dengan susah payah, suka duka. Masa tu kenapa tak datang? Aku lebih tahu lah dia cari ke tak! Kau tak payah terpaling tahu. Tolong jaga sensitiviti orang.

 

Kat jantan cepat sangat sedih noh. Kat aku yang bela anak-anak sorang-sorang ni? Tak apa lah itu hang punya hak. Tapi jangan nak mai tambah sakit kan hati aku ibu yang 14 tahun sorang-sorang jaga depa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Sekadar info, Rita dan Aidil telah mendirikan rumah tangga pada 2008 sebelum akhirnya berpisah pada 2013. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki bersama.

rita
2 months ago

"Bila Dah Tak Ada Tu Maknanya Tak Ada.." - Rita Rudaini Penat Ditanya Tentang Bekas Suami, Akui Sudah Bahagia Dengan Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...