“Mereka Tak Sakau Duit Rakyat” – Anak Najib Diperli, Samakan ‘Dugaan’ Bapa Dengan Nabi Yusuf & Nelson Mandela

Trending

“Mereka Tak Sakau Duit Rakyat” – Anak Najib Diperli, Samakan ‘Dugaan’ Bapa Dengan Nabi Yusuf & Nelson Mandela

Hampir dua minggu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke dalam penjara dan keluarga terutamanya anak-anak sudah beberapa kali meluahkan kesedihan mereka.

Nizar Najib semalam ketika berucap di satu acara berkata hukuman yang dikenakan ke atas bapa tersayangnya itu ada hikmah di sebaliknya.

Advertisement

3 bulan lalu

"Rindu, Sayang Atuk 1,000 Juta Kali" - Hadir Ke Mahkamah, Cucu Tanya Kenapa Ramai Orang Pegang Senjata Iring Najib

Malah, Nizar berkata dugaan dilalui oleh Najib ini ada persamaan dengan apa yang berlaku kepada Nabi Yusuf dan tokoh anti-aparteid Nelson Mandela.

Jelasnya, kedua-dua Nabi Yusuf dan Nelson Mandela bangkit dan disanjung selepas keluar dari penjara disebabkan konflik yang berlaku ketika zaman itu.

Mungkin ini adalah cara Allah SWT untuk angkat darjat ayahanda dengan lebih tinggi. Itulah yang berlaku kepada Nabi Yusuf yang dipenjarakan atas tuduhan palsu. Itu (juga) yang berlaku kepada Nelson Mandela yang menentang dasar aparteid.”

Kata Nizar, tak ramai orang sekuat bapanya jika melalui dugaan seperti ini kerana meskipun menerima tekanan bertubi-tubi dari seluruh dunia, beliau masih mampu bertahan.

Bukan hanya tekanan di mahkamah, tetapi juga daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bermacam lagi tekanan dilalui bapanya.

Kalau orang lain yang menghadapi situasi yang sama, barangkali boleh menjadi gila dan koma selama berbulan-bulan.”

Sementara itu, rata-rata warganet seolah-olah tidak percaya dengan kenyataan Nizar membandingan bapanya dengan Nabi Yusuf dan Nelson Mandela.

Ramai yang turut menyindirnya dengan berkata perjuangan Nelson tidak sama dengan kisah bapanya yang membabitkan isu rasuah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. anonymous

    September 6, 2022 at 2:59 pm

    alo lo lo lo lo lo siannya daddy kena jel ye alo lo lo lo busyuk busyuk

  2. Anonymous

    September 6, 2022 at 12:49 pm

    Hahaha..bapak and anak sama gila..

  3. Anonymous

    September 6, 2022 at 12:33 pm

    Bodoh ke apa ni .nak samakan bapak dia dgn nabi.taraf bapak kau dgn nabi terlalu jauh beza nabi utusan Allah bapak kau pilihan rakyat .penyamun harta rakyat

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...