“Rindu, Sayang Atuk 1,000 Juta Kali” – Hadir Ke Mahkamah, Cucu Tanya Kenapa Ramai Orang Pegang Senjata Iring Najib

Trending

“Rindu, Sayang Atuk 1,000 Juta Kali” – Hadir Ke Mahkamah, Cucu Tanya Kenapa Ramai Orang Pegang Senjata Iring Najib

Anak sulung Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa sering berkongsi tentang perihal keluarga mereka dan kali ini, Yana menceritakan tentang anak lelakinya yang merindui datuknya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Yana menceritakan tentang perbualannya bersama anaknya, Adam Razak pagi ini ketika mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Advertisement

Menurut Yana, Adam telah meluahkan rasa rindu terhadap datuknya yang kini dipenjarakan atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sumber : Hamizatul  

Ketika menunggu kedatangan Najib di mahkamah, Adam bertanya adakah mereka akan pergi ke pejabat datuknya itu.

Dia kemudian bertanya mengapa ramai orang yang memegang senjata mengiringi datuknya itu. Yana menjawab,

Kerana mereka tak mahu apa-apa berlaku kepadanya, sayang.”

Adam dan Yana telah hadir ke mahkamah pagi ini untuk memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri yang dibicarakan atas tuduhan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah 2.28 bilion.

Hantaran Yana itu mendapat reaksi positif warganet di mana rata-ratanya mendoakan agar urusan keluarga mereka dipermudah dan agar mereka kekal tabah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Kau Ingat Dia Miskin Ke? Laki Dia Millionaire" - Dedah Harga Gelang Yana Najib, Individu Ini Kena Tempelak Dengan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 6, 2022 at 3:25 pm

    ..takut atok lari cu..hahahahahahahahahahaaha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...