Selebriti terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy menceritakan pengalamannya bekerjasama dengan dua pempengaruh di set penggambaran.
Orang buat persiapan, dia sibuk buat ‘live’
Menerusi satu temu bual, Ogy mendedahkan bahawa dua pempengaruh tersebut tidak menghormati pengarah dan peluang diberikan kepada mereka.
Saya bercakap dengan dua orang influencer ni, ‘kau menyusahkan kakak di set’. Orang sibuk buat persiapan, dia duk sibuk buat ‘live’. Itu sangat biadap.
Awak tidak menghormati pengarah, menghormati mereka di belakang tabir dan peluang yang diberikan kepada kamu.
Kenapa tak pergi bengkel lakonan, asah bakat
Ogy juga kecewa dengan pempengaruh yang tidak mencuba untuk mengasah bakat dalam lakonan dengan menghadiri mana-mana bengkel seni.
Bila di set, awak melakonkan watak orang lain bukan diri awak sendiri. Kita tak ada hak untuk tutup rezeki orang tetapi kenapa tidak mengambil inisiatif untuk menghadirkan diri memasuki apa jua bengkel (lakonan).
@inspirasiunifitv Influencer mana yang buat kak ogy panas ni agak nya ye? Jom saksikan full video di youtube channel Inspirasi. #inspirasiUnifiTV ♬ original sound – Inspirasi.UnifiTV
Tak ada orang yang masuk kelas tujuh hari terus bergelar pelakon.